AIDIL ADHA (SABTU 7-6-25)

Day(s)

:

Hour(s)

:

Minute(s)

:

Second(s)

Qurban & Sedekah Daging – Mesra Qurban bersama Yayasan Mesra Selangor (YMS), berkonsepkan Qurban dan Sedekah. Haiwan qurban akan disalurkan melalui YMS untuk diagihkan daging-daging qurban kepada asnaf fakir miskin.

Tawaran sehingga 6-6-2025

Day(s)

:

Hour(s)

:

Minute(s)

:

Second(s)

‘Qurban Dapat Dagingpun Dapat’ – Qurban Mudah, berkonsepkan ‘Qurban Anda, Hak Anda’ bermatlamat memudahkan perlaksanaan qurban dengan keselesaan menunggu di rumah.

  • ‘Hak Anda’ – Anda tentukan, ambil semua bahagian untuk diagihkan sendiri atau hanya sebahagian untuk keluarga merasai daging qurban.
  • Tak perlu cari kandang – hanya pesan secara online, mudah lagi murah.
  • Tak perlu hadir – aqad wakil kepada kami dan kami sempurnakan berserta video sembelihan.
  • Tak perlu susah payah – Nak sempurna tak perlu susah, pilih mudah jangan tak buat, jangan risau janganlah resah, kami hantar jauh dan dekat.

 

Qurban luar negara, berkonsepkan ‘Satu Ummah’, bermatlamat menggalakkan Qurban bagi membantu saudara sesama Islam yang miskin  di luar negara seperti minoriti Melayu Islam di Kemboja yang merupakan salah satu negara termiskin di dunia.

 

  • Lebih murah – Kemboja secara tradisi adalah negara penternak dan nilai RM yang lebih tinggi.
  • Diyakini – berurusan terus dengan badan kebajikan Islam Kemboja sebagai pemegang amanah.

QURBAN

Ibadah yang dituntut

DALIL QURBAN

Pelaksanaan qurban bagi umat Islam yang mampu terdapat dalam Al Quran dan hadis. Ibadah kurban dilakukan saat Hari Raya Aidil Adha pada tanggal 10 Zulhijjah Hijriah.

Salah satu perintah qurban terdapat dalam Surah Al Kautsar ayat 2,

فَصَلِّ لِرَبِّكَ وَانْحَرْ

Artinya: “Maka laksanakanlah solat karena Tuhanmu, dan berqurbanlah (sebagai ibadah dan mendekatkan diri kepada Allah).”

Nabi Muhammad SAW dalam hadis juga mengingatkan umatnya tentang perintah qurban.

عَنْ َأبِي هُرَيْرَة: َأنَّ رَسُوْل اللهِ صلى الله عليه وسلم قال : مَنْ كَانَ لهُ سَعَة وَلمْ يَضَحْ فَلا يَقْربَنَّ مُصَلَّانَا (رواه احمد وابن ماجه)

Artinya: “Dari Abu Hurairah, “Rasulullah SAW telah bersabda, barangsiapa yang mempunyai kemampuan, tetapi ia tidak berqurban maka janganlah ia mendekati (menghampiri) tempat solat kami,” (HR Ahmad dan Ibnu Majah).

Dalam hadis lain dikatakan sebagai berikut,

يَا يُّهَاالنَّاسُ اِنَّ عَلى كُل أهْلِ بَيْتٍ في كلِّ عَامٍ أُضْحِيَّة

Artinya : “Wahai manusia, sesungguhnya atas tiap-tiap ahli rumah pada tiap-tiap tahun disunatkan berqurban,” (HR Abu Daud).

AMALAN SUNNAH

Bagi yang ingin melaksanakan qurban, apabila masuk bulan Zulhijjah (1 Zulhijjah) maka disunatkan baginya untuk:

  • tidak memotong rambut di kepalanya, wajahnya, atau badannya
  • tidak juga memotong kukunya

sehingga dia selesai menyembelih Qurban-nya. Hal ini berpandukan hadis daripada Ummu Salamah r.a bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda:

مَنْ كَانَ لَهُ ذِبْحٌ يَذْبَحُهُ فَإِذَا أُهِلَّ هِلَالُ ذِي الْحِجَّةِ، فَلَا يَأْخُذَنَّ مِنْ شَعْرِهِ، وَلَا مِنْ أَظْفَارِهِ شَيْئًا حَتَّى يُضَحِّيَ

Maksudnya: Barangsiapa yang mempunyai binatang Qurban untuk disembelih, maka apabila terlihatnya anak bulan Zulhijjah, janganlah dia mengambil satu apa pun (yakni memotong) daripada rambutnya, mahupun daripada kukunya sehingga dia selesai melaksanakan Qurban. (Hadis riwayat Imam Muslim)

Soalan lazim Qurban:

1. Apakah pengertian Qurban?

Qurban, dari istilah bahasa Arab yang juga disebut sebagai al-udhiyyah, bererti binatang sembelihan seperti unta, lembu, dan kambing yang disembelih pada hari raya AidilAdha dan hari-hari tasyriq (11, 12, 13 zulhijjah).

2. Apakah hukum melakukan ibadah Qurban?

Ada sebahagian pandangan yang mewajibkan ibadah Qurban. Antaranya adalah pandangan daripada mazhab Hanafi. Berdalilkan hadis dari Abu Hurairah ra, Rasulullah saw bersabda: “Sesiapa yang memiliki kemampuan tetapi tidak menyembelih Qurban, janganlah mendekati tempat solat kami.” [HR. Ahmad, Ibnu Majah dan Al-Hakim mensahihkannya].

Namun, majoriti ulamak persepakat bahawa hukum ibadah Qurban adalah Sunat Muakkad (sunnah yang sangat dituntut).

3. Siapakah golongan yang dianjurkan untuk melakukan ibadah Qurban?
  • Islam
  • Merdeka
  • Mencapai akil baligh
  • Berakal ; qurban tidak diperintahkan kepada orang gila.
  • Berkemampuan ; orang yang mempunyai lebihan dari wang belanja keperluan diri dan tanggungan (ahli keluarga).
4. Apakah kelebihan dan hikmah melakukan ibadah Qurban?
  • Menguji kekuatan iman orang yang berqurban.
  • Mendidik diri agar tidak bersifat terlalu sayangkan harta dan kedekut untuk keluarkan diatas jalan Allah.
  • Berkongsi nikmat pemberian Allah swt dengan golongan yang kurang bernasib baik.
  • Memberi kesedaran kepada masyarakat tentang syiar Islam iaitu Qurban.
5. Apakah perbezaan diantara ibadah Qurban dan Aqiqah?

Kedua-dua ibadah Qurban dan Aqiqah hukumnya sunat muakkad (sunnah yang sangat dituntut). Perbezaanya ;

      • Aqiqah adalah sebagai tanda kesyukuran kita kepada Allah kerana telah dikurniakan cahaya mata.
      • Qurban pula merupakan ibadah tanda kesyukuran diatas segala pemberian rezeki yang lebih bersifat umum.
      • Aqiqah tidak terikat pada masa tertentu, sedangkan qurban dilakukan pada masa-masa tertentu, iaitu selepas solat dan khutbah Hari Raya ‘Aidil Adha dan hari-hari tasyriq (11,12,13 Zulhijjah).
6. Apakah kelebihan dan hikmah melakukan ibadah Qurban?
  • Menguji kekuatan iman orang yang berqurban.
  • Mendidik diri agar tidak bersifat terlalu sayangkan harta dan kedekut untuk keluarkan harta diatas jalan Allah.
  • Berkongsi nikmat pemberian Allah swt dengan golongan yang kurang bernasib baik.
  • Memberi kesedaran kepada masyarakat tentang syiar Islam yang dituntut iaitu Qurban.
7. Jenis haiwan yang dibolehkan untuk ibadah Qurban?

Haiwan tersebut mestilah dari kategori haiwan ternakan yang jinak seperti ;

  • Kibas, biri-biri
  • Kambing
  • Lembu, Kerbau
  • Unta
8. Umur minima bagi haiwan yang dijadikan Qurban?
  • Kambing, kibas, atau biri-biri perlu melebihi satu tahun
  • Lembu, lebih dua tahun
  • Unta, lebih lima tahun
9. Bolehkah saya berkongsi dengan orang lain untuk Qurban seekor lembu?

Bagi sembelihan seekor lembu ataupun unta, ianya boleh dikongsikan kepada 7 bahagian. Ini berdalilkan hadis daripada Jabir bin Abdullah RA :

Maksudnya:  Kami telah melakukan qurban bersama-sama Rasulullah SAW pada tahun Hudaibiyah dengan unta yang dikongsi dengan 7 bahagian dan lembu yang dikongsi dengan 7 bahagian. [HR Muslim, Abu Daud & Al-Tirmizi]

    10. Bolehkah digabungkan niat Qurban dan Aqiqah bagi bahagian pada haiwan sembelihan yang sama?
    • Ada khilaf dikalangan ulamak dalam isu isytirak (kongsi niat) ini. Pendapat al-Syafieyyah membenarkannya. Berdasarkan pandangan Ibn Hajar al-Haitami :

      Maksudnya:  “Sekiranya disembelih unta atau lembu untuk 7 bahagian bagi sebab-sebab darinya untuk qurban dan aqiqah manakala bakinya untuk kaaffarat bagi bercukur ketika ibadah haji maka sah hukumnya – Fiqu  al-Fath al- Kaht

      Namun, jika berkemampuan maka sebaiknya keluar daripada khilaf dengan mengasingkan setiap satu daripada ibadah tersebut tanpa berkongsi.

    11. Saya hanya mampu untuk Qurban seekor Kambing. Bolehkah berkongsi dengan ahli keluarga yang lain?

    Hukum ibadah Qurban ialah Sunat Muakkad (sunnah yang digalakkan) yang dianggap sunat kifayah, yakni jika ramai ahli dalam sebuah rumah maka memadai seorang saja melakukan ibadah qurban dan pahalanya dikongsi bersama berdalilkan hadis Aisyah ra, Rasulullah saw berqurban dua ekor kibas dan bersabda :

    Maksudnya: Dengan nama Allah. Ya Allah! Terimalah (qurban ini) daripada Muhammad, keluarga Muhammad, dan daripada umat Muhammad.

    Berkata Imam al-Nawawi:

    “Ulamak berpandukan hadis ini bagi membenarkan ibadah qurban seseorang itu bagi dirinya dan keluarganya, dan pahala itu dikongsi oleh dirinya dan ahli rumahnya. Inilah pandangan mazhab kami (Syafieyyah) dan jumhur, sedangkan dianggap makruh oleh al-Thauri, Abu Hanifah dan sahabat-sahabatnya.”[al-Minhaj]

    Tetapi sebaiknya jika dapat dilakukan sembelihan Qurban secara bersendirian tanpa berkongsi, itu adalah lebih baik.

    12. Bolehkah jika saya melakukan Qurban buat orang yang telah meninggal dunia?
    • Ulamak berselisih pendapat di dalam soal ini.Sebahagian pandangan Syafieyah mengatakan tidak sah Qurban buat si mati melainkan jika arwah telah berwasiat untuk dilakukan Qurban bagi pihaknya.

      Sebahagian pandangan lagi membolehkan orang yang masih hidup untuk lakukan Qurban buat si mati dan sampai pahalanya juga buat si mati. Ini adalah pandangan jumhur (sepakat) Ulamak, merangkumi sebahagian Syafieyah, Hanafiyah serta Malikiyyah.

    QURBAN – PAKEJ MASJID

    (Berikut adalah senarai harga Pakej Masjid. Harga boleh berubah pada bila-bila masa tanpa notis mengikut harga pasaran.) Sila tekan butang di bawah untuk pertanyaan lanjut.