AIDIL ADHA (RABU 27-5-2026)

Day(s)

:

Hour(s)

:

Minute(s)

:

Second(s)

Korban & Sedekah Daging – Mesra Korban dilaksanakan dengan kerjasama badan-badan kebajikan dan NGO, berkonsepkan Korban dan Sedekah. Haiwan qurban akan diuruskan oleh urusetia korban untuk proses penyembelihan dan pengagihan daging kepada golongan asnaf dan fakir miskin.

Tawaran sehingga 5-5-2026

Day(s)

:

Hour(s)

:

Minute(s)

:

Second(s)

‘Korban Dapat Dagingpun Dapat’Kalau korban di masjid, itu perkara biasa.
Tapi kalau korban secara online dan tetap dapat daging korban, bak kata P. Ramlee, kadang-kadang… jarang-jarang… eh ada ke? Di mudahamal.com, inilah konsep yang kami amalkan setiap tahun, ‘Korban dapat, dagingpun dapat’.

Korban Mudah bermatlamat memudahkan pelaksanaan ibadah korban dengan keselesaan santai menunggu di rumah, tanpa perlu bersusah payah — ibadah terlaksana, daging korban pun sampai kepada anda.

  • ‘Hak Anda’ – Ambil sebahagian daging untuk keluarga merasai keberkatan daging qurban, selaras dengan tuntutan syariat.
  • Tak perlu cari kandang – Hanya buat tempahan secara online, mudah dan berpatutan.
  • Tak perlu hadir – Akad wakil kepada mudahamal.com, dan kami akan menyempurnakan ibadah korban bagi pihak anda, lengkap dengan video penyembelihan sebagai bukti.
  • Tak perlu susah payah: Nak sempurna tak perlu susah; Pilih yang mudah, jangan tak buat; Jangan risau, janganlah resah; Kami urus dan hantar, jauh dan dekat.

 

Korban luar negara – Program Korban Luar Negara berkonsepkan “Satu Ummah”, bertujuan menggalakkan umat Islam melaksanakan ibadah korban sambil membantu saudara seagama yang hidup dalam keadaan serba kekurangan di luar negara.
Antara penerima manfaat termasuk komuniti Melayu Islam minoriti di Kemboja, sebuah negara yang masih tergolong antara negara termiskin di dunia.

  • Lebih murah – Kemboja secara tradisinya merupakan negara penternak, selain nilai RM yang lebih tinggi, menjadikan kos korban lebih berpatutan.
  • Diyakini – Pelaksanaan korban dilakukan melalui badan kebajikan Islam di Kemboja yang bertindak sebagai pemegang amanah, bagi memastikan proses penyembelihan dan pengagihan daging korban dilaksanakan dengan telus dan amanah.

KORBAN

Ibadah yang dituntut

DALIL QURBAN

Pelaksanaan korban bagi umat Islam yang mampu terdapat dalam Al Quran dan hadis. Ibadah korban dilakukan saat Hari Raya Aidil Adha pada tanggal 10 Zulhijjah Hijriah.

Salah satu perintah korban terdapat dalam Surah Al Kautsar ayat 2,

فَصَلِّ لِرَبِّكَ وَانْحَرْ

Artinya: “Maka laksanakanlah solat karena Tuhanmu, dan berqurbanlah (sebagai ibadah dan mendekatkan diri kepada Allah).”

Nabi Muhammad SAW dalam hadis juga mengingatkan umatnya tentang perintah korban.

عَنْ َأبِي هُرَيْرَة: َأنَّ رَسُوْل اللهِ صلى الله عليه وسلم قال : مَنْ كَانَ لهُ سَعَة وَلمْ يَضَحْ فَلا يَقْربَنَّ مُصَلَّانَا (رواه احمد وابن ماجه)

Artinya: “Dari Abu Hurairah, “Rasulullah SAW telah bersabda, barangsiapa yang mempunyai kemampuan, tetapi ia tidak berkorban maka janganlah ia mendekati (menghampiri) tempat solat kami,” (HR Ahmad dan Ibnu Majah).

Dalam hadis lain dikatakan sebagai berikut,

يَا يُّهَاالنَّاسُ اِنَّ عَلى كُل أهْلِ بَيْتٍ في كلِّ عَامٍ أُضْحِيَّة

Artinya : “Wahai manusia, sesungguhnya atas tiap-tiap ahli rumah pada tiap-tiap tahun disunatkan berkorban,” (HR Abu Daud).

AMALAN SUNNAH

Bagi yang ingin melaksanakan korban, apabila masuk bulan Zulhijjah (1 Zulhijjah) maka disunatkan baginya untuk:

  • tidak memotong rambut di kepalanya, wajahnya, atau badannya
  • tidak juga memotong kukunya

sehingga dia selesai menyembelih Korban-nya. Hal ini berpandukan hadis daripada Ummu Salamah r.a bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda:

مَنْ كَانَ لَهُ ذِبْحٌ يَذْبَحُهُ فَإِذَا أُهِلَّ هِلَالُ ذِي الْحِجَّةِ، فَلَا يَأْخُذَنَّ مِنْ شَعْرِهِ، وَلَا مِنْ أَظْفَارِهِ شَيْئًا حَتَّى يُضَحِّيَ

Maksudnya: Barangsiapa yang mempunyai binatang Korban untuk disembelih, maka apabila terlihatnya anak bulan Zulhijjah, janganlah dia mengambil satu apa pun (yakni memotong) daripada rambutnya, mahupun daripada kukunya sehingga dia selesai melaksanakan Korban. (Hadis riwayat Imam Muslim)

Soalan lazim Qurban:

1. Apakah pengertian Korban?

Korban, dari istilah bahasa Arab yang juga disebut sebagai al-udhiyyah, bererti binatang sembelihan seperti unta, lembu, dan kambing yang disembelih pada hari raya AidilAdha dan hari-hari tasyriq (11, 12, 13 zulhijjah).

2. Apakah hukum melakukan ibadah Korban?

Ada sebahagian pandangan yang mewajibkan ibadah Korban. Antaranya adalah pandangan daripada mazhab Hanafi. Berdalilkan hadis dari Abu Hurairah ra, Rasulullah saw bersabda: “Sesiapa yang memiliki kemampuan tetapi tidak menyembelih Korban, janganlah mendekati tempat solat kami.” [HR. Ahmad, Ibnu Majah dan Al-Hakim mensahihkannya].

Namun, majoriti ulamak persepakat bahawa hukum ibadah Korban adalah Sunat Muakkad (sunnah yang sangat dituntut).

3. Siapakah golongan yang dianjurkan untuk melakukan ibadah Qurban?
  • Islam
  • Merdeka
  • Mencapai akil baligh
  • Berakal – Korban tidak diperintahkan kepada orang gila.
  • Berkemampuan – Orang yang mempunyai lebihan dari wang belanja keperluan diri dan tanggungan (ahli keluarga).
4. Apakah kelebihan dan hikmah melakukan ibadah Qurban?
  • Menguji kekuatan iman orang yang berqurban.
  • Mendidik diri agar tidak bersifat terlalu sayangkan harta dan kedekut untuk keluarkan diatas jalan Allah.
  • Berkongsi nikmat pemberian Allah swt dengan golongan yang kurang bernasib baik.
  • Memberi kesedaran kepada masyarakat tentang syiar Islam iaitu Qurban.
5. Apakah perbezaan diantara ibadah Korban dan Aqiqah?

Kedua-dua ibadah Korban dan Aqiqah hukumnya sunat muakkad (sunnah yang sangat dituntut). Perbezaanya ;

      • Aqiqah adalah sebagai tanda kesyukuran kita kepada Allah kerana telah dikurniakan cahaya mata.
      • Korban pula merupakan ibadah tanda kesyukuran diatas segala pemberian rezeki yang lebih bersifat umum.
      • Aqiqah tidak terikat pada masa tertentu, sedangkan qurban dilakukan pada masa-masa tertentu, iaitu selepas solat dan khutbah Hari Raya ‘Aidil Adha dan hari-hari tasyriq (11,12,13 Zulhijjah).
6. Apakah kelebihan dan hikmah melakukan ibadah Korban?
  • Menguji kekuatan iman orang yang berkorban.
  • Mendidik diri agar tidak bersifat terlalu sayangkan harta dan kedekut untuk keluarkan harta diatas jalan Allah.
  • Berkongsi nikmat pemberian Allah swt dengan golongan yang kurang bernasib baik.
  • Memberi kesedaran kepada masyarakat tentang syiar Islam yang dituntut iaitu Korban.
7. Jenis haiwan yang dibolehkan untuk ibadah Korban?

Haiwan tersebut mestilah dari kategori haiwan ternakan yang jinak seperti ;

  • Kibas, biri-biri
  • Kambing
  • Lembu, Kerbau
  • Unta
8. Umur minima bagi haiwan yang dijadikan Korban?
  • Kambing, kibas, atau biri-biri perlu melebihi satu tahun
  • Lembu, lebih dua tahun
  • Unta, lebih lima tahun
9. Bolehkah saya berkongsi dengan orang lain untuk Korban seekor lembu?

Bagi sembelihan seekor lembu ataupun unta, ianya boleh dikongsikan kepada 7 bahagian. Ini berdalilkan hadis daripada Jabir bin Abdullah RA :

Maksudnya:  Kami telah melakukan qurban bersama-sama Rasulullah SAW pada tahun Hudaibiyah dengan unta yang dikongsi dengan 7 bahagian dan lembu yang dikongsi dengan 7 bahagian. [HR Muslim, Abu Daud & Al-Tirmizi]

    10. Bolehkah digabungkan niat Korban dan Aqiqah bagi bahagian pada haiwan sembelihan yang sama?
    • Ada khilaf dikalangan ulamak dalam isu isytirak (kongsi niat) ini. Pendapat al-Syafieyyah membenarkannya. Berdasarkan pandangan Ibn Hajar al-Haitami :Maksudnya:  “Sekiranya disembelih unta atau lembu untuk 7 bahagian bagi sebab-sebab darinya untuk qurban dan aqiqah manakala bakinya untuk kaaffarat bagi bercukur ketika ibadah haji maka sah hukumnya – Fiqu  al-Fath al- Kaht

      Namun, jika berkemampuan maka sebaiknya keluar daripada khilaf dengan mengasingkan setiap satu daripada ibadah tersebut tanpa berkongsi.

    11. Saya hanya mampu untuk Korban seekor Kambing. Bolehkah berkongsi dengan ahli keluarga yang lain?

    Hukum ibadah Korban ialah Sunat Muakkad (sunnah yang digalakkan) yang dianggap sunat kifayah, yakni jika ramai ahli dalam sebuah rumah maka memadai seorang saja melakukan ibadah korban dan pahalanya dikongsi bersama berdalilkan hadis Aisyah ra, Rasulullah saw berqurban dua ekor kibas dan bersabda :

    Maksudnya: Dengan nama Allah. Ya Allah! Terimalah (korban ini) daripada Muhammad, keluarga Muhammad, dan daripada umat Muhammad.

    Berkata Imam al-Nawawi:

    “Ulamak berpandukan hadis ini bagi membenarkan ibadah korban seseorang itu bagi dirinya dan keluarganya, dan pahala itu dikongsi oleh dirinya dan ahli rumahnya. Inilah pandangan mazhab kami (Syafieyyah) dan jumhur, sedangkan dianggap makruh oleh al-Thauri, Abu Hanifah dan sahabat-sahabatnya.”[al-Minhaj]

    Tetapi sebaiknya jika dapat dilakukan sembelihan Korban secara bersendirian tanpa berkongsi, itu adalah lebih baik.

    12. Bolehkah jika saya melakukan Korban buat orang yang telah meninggal dunia?
    • Ulamak berselisih pendapat di dalam soal ini.Sebahagian pandangan Syafieyah mengatakan tidak sah Korban buat si mati melainkan jika arwah telah berwasiat untuk dilakukan Korban bagi pihaknya.Sebahagian pandangan lagi membolehkan orang yang masih hidup untuk lakukan Korban buat si mati dan sampai pahalanya juga buat si mati. Ini adalah pandangan jumhur (sepakat) Ulamak, merangkumi sebahagian Syafieyah, Hanafiyah serta Malikiyyah.

    KORBAN – PAKEJ MASJID

    (Berikut adalah senarai harga Pakej Masjid. Harga boleh berubah pada bila-bila masa tanpa notis mengikut harga pasaran.) Sila tekan butang di bawah untuk pertanyaan lanjut.